Friday, 30 January 2015

NUMISMASTIK HERALDIK

                ASSALAMUALAIKUM..


Salam sejahtera kepada sume pembaca blog wanasry,,entry untuk kali ini penulis ingin berkongsi sejarah NUMISMASTIK, iaitu dari pandangan orang yang tidak mengetahui mungkin agak pelik.. oleh itu penulis singkap kan sahaja, NUMISMASTIK adalah hobi mengumpul atau boleh di gelarkan 'collector' atau di dalam istilah yang lainya boleh di sebut ( ILMU KAJI DUIT SYILING )..


Seperti yang kita ketahui,koleksi numismastik terdiri daripada benda2 seperti syiling,wang kertas,token dan alat cetak wang yg pernah beredar dan di gunakan oleh masyarakat.Koleksi numismastik di Asia Tenggara khususnya Malaysia,sebahagian besar berasal dari zaman kerajaan kuno HINDHU-BUDHA dan ISLAM,dan dari zaman colonial BELANDA,PORTUGIS,INGGERIS,dan JEPUN sehingga menjelang kemerdekaan.


Matawang mempunyai pelbagai variasi bentuk,bahan,teknik dan hiasan,Dengan demikian penulis percaya sesuatu matawang berhubung erat dengan sejarah sesebuah negara.Semasa zaman kuno HINDHU BUDHA yang berlangsung dari abad ke-5 sehingga ke abad 15 masihi,matawang emas dan perak telah beredar sejak sekian lamanya.Pada masa keagungan kerajaan MAJAPAHIT matawang yang di keluarkan lebih bervariasi,selain di perbuat dari emas dan perak,ianya juga di tempa/di keluarkan dalam bentuk tembaga,timah dan gangsa.


Semasa berkembangnya agama ISLAM di NUSANTARA,beredar berbagai jenis matawang yang di keluarkan oleh penguasa SETEMPAT.Dimulai dari kerajaan Samudera Pasai Aceh pada abad ke-13 hingga kerajaan2 lain seperti MELAKA, BANTEN,CIREBON,PALEMBANG,SULAWESI,
SELATAN,SRIVIJAYA dan KALIMANTAN, rata2 matawang yang di keluarkan kebanyakan nya bertulisan ARAB..

Gambar di bawah adalah beberapa jenis matawang dari koleksi penulis..





 ( MATAWANG MAJAPAHIT SAILENDRA)


             ( KERINCI RING MAJAPAHIT )
     PENEMUAN SUNGAI TERENGGANU



SEBAHAGIAN KOLEKSI PITIS TERENGGANU




Wednesday, 28 January 2015

IBU DUIT BENARKAH

                        Assalamuaikum..



Salam sejahtera kepada pembaca blog wanasry.blog.spot.com.. pertama kali syukur ke hadrat Illahi kerna di kesempatan ini penulis ingin berkongsi mengenai IBU DUIT?? APAKAH ibu duit?? Duit emas ka? Duit yang bersize besar ka? Ape yang pasti panggilan dan name mengenai IBU DUIT adalah bukan sesuatu perkara yang BARU..

Di dalam mencari maklumat mengenai IBU DUIT, penulis terkilan apabila membaca beberapa blog, dan sedikit2 info dari orang tempatan mengenai ibu duit.. bagi 'MEREKA' yang mempercayai ibu duit ini, ada yang sanggup membayar ratusan ringgit dan ribuan ringgit untuk mendapatkan nya.. ?? Ape yang nk di buat dengan IBU DUIT??? Dari ape yang penulis ketahui ianya di boleh di jadikan AZIMAT,PELARIS dan lain2..


APAKAH kita ini orang ISLAM mahu mempercayai nya 100%?? bagi penulis,,  mereka2 yang terlalu taksub mengenai IBU DUIT adalah menyimpang dari AKIDAH ISLAM..adakah kita tidak lagi mempercayai NYA???berusaha dan BerDOA.. rezeki ada di mana2.. bukan IBU DUIT yang dapat menjadikan kita KAYA RAYA..


PENULIS percaya ada di antara kita masih mempercayai kegunaan IBU DUIT.. jika di kalangan collector2 matawang membaca blog ini, penulis meminta maaf jika berkasar bahasa.. NASIHAT penulis.. SEDAR la wahai golongan2 yang terlalu taksub menggunakan IBU DUIT.. REZEKI ITU LUAS TERBENTANG,,hanya SOLAT,kudrat dan iringi DOA yang mampu menjadikan kita KAYA RAYA..



PENDAPAT@KRONOLOGY


bagi mereka2 yang terlalu mempercayai ilmu MISTIK, penulis dapat merasakan.. mereka2 ini sukar menerima pendapat orang lain, mereka2 ini akan menegakkan BENANG YANG BASAH jika di ajukan soalan2 yang menyentuh KEAGAMAAN..
Ulasan penulisan mengenai IBU DUIT ( IBU DUIT hanya lah panggilan semata semata.. terjadi panggilan ibu duit ini mungkin sejak dari dahulu lagi sekitar " 90 tahun yang lepas" di mana orang2 terdahulu jika membeli barangan, mereka tidak akan terus menghabiskan nya, mereka tetap akan menyimpan walau 1 sen pun, jika di tanya anak "abah,mengapa simpan??" abah menjawab "tokleh wat beli abis awe wey,sipe hok lebih ni dale beg,buleh wat IBU DUIT".. anda PERCAYA atau TIDAK?? selidik dan buat la kajian dahulu sebelum menindas PENULIS.. pernah juga penulis di tegur dahulu oleh seseorg "mengapa di belanjakan habis duit dalam wallet ni?".. penulis bertanya knpe?? si dia menjawab "mak kata xbaik habiskan duit dlm wallet, rezeki susah masuk, sekurang kurang nya simpan la syiling dlm wallet ke".. penulis hanya mengangguk sahaja..

JIKA KATA2 PENULIS DI ATAS MEMBUAT KAN SESEORG TIDAK BERPUAS HATI, BOLEH KOMEN DI RUANGAN BAWAH,, DI SINI JUGA PENULIS SERTAKAN GAMBAR GAMBAR.. ANDA NILAIKAN SENDIRI..







Wednesday, 21 January 2015

PITIS KESULTANAN TERENGGANU 1837 ( 1253 A.H )

             Assalamualaikum....



Salam sejahtera kepada pembaca blog wanasry.blogspot.. entry kali ini penulis ingin berkongsi tentang PITIS KESULTANAN TERENGGANU.. mengikut pandangan penulis pitis ini telah di tempa semasa pemerintahan SULTAN MANSUR SHAH 1  yang memerintah pada tahun 1836-1839...

Pitis ini di kategorikan RRR ( mengikut RARITY ) di dalam katalog SARAN SINGH, di mana jumlah tempaanya nya tidak di ketahui seberapa banyak pengeluaran nya.. tertera tempaan pada pitis ini iaitu "MALIK AL ADIL 1253 A.H.) bersamaan tahun 1837..mempunyai diameter 19 mm, bahan tempaan 'timah'..




GAMBAR EHSAN DARI SEORG COLLECTOR DARI JOHOR BHARU


   

Wednesday, 14 January 2015

KEBAIKAN PENGGUNAAN METAL DETECTOR

                       Assalamualaikum,,,


Salam sejahtera kepada semua pembaca wanasry.blogspot.. posting kali ini penulis ingin berkongsi tentang kebaikan menggunakan METAL DETECTOR.. metal detector atau di dalam istilah di sebut alat 'PENGESAN LOGAM'.. penggunaan metal detector masih lagi baru di MALAYSIA, tidak seperti negara2 Maju yang lain seperti USA dan UK.ENGLAND.. di mana rata2 penguna metal detector di luar negara telah lama menggunakan nya dan memanfaatkan ape yang 'DI TEMUI' hasil dari mencari dengan menggunakan METAL DETECTOR..  segala hasil seperti emas,besi,matawang atau logam2 lain di jadikan RUJUKAN@PENJUALAN@DIPAMERKAN di mana2 muzium seluruh negeri..


Bagi group2 pencari khazanah di MALAYSIA,, masing2 mempunyai metal detector dan memanfaatkan ape yang di temui,seperti berkongsi gambar,idea2,sejarah2 yang belum di ketahui UMUM.. Di dalam aktivi-aktiviti mencari juga, ianya juga boleh mengeratkan hubungan SILATURAHIM samada dari daerah yang sama mahupun lain2..


KEBAIKAN menggunakan metal detector di MALAYSIA bukan hanya sekadar ingin mencari barang-barangan yang BERHARGA,, ianya juga boleh di gunakan di kawasan2 pantai@taman permainan@pusat rekreasi di mana ape yang penulis tahu, perangai orang kita 'orang malaysia' yang selalu membuang sampah merata rata seperti objek2 tajam atau sebagainya, di mana 'KAMI' memiliki metal detector akan membersihkan dan menjadi kan ia nya selamat bagi pengunjung2 yang sedang bercuti..


ULASAN : Memiliki metal detector adalah suatu KELEBIHAN, penulis berharap tanggapan masyarakat terhadap pemilik metal detector adalah bukan sekadar ingin mencari KEKAYAAN, ianya sekadar HOBI ,dan ianya juga dapat membantu bagi mereka yang kehilangan barang BERHARGA ,dan boleh terus menghubungi kami jika ingin mendapatkan SERVIS PERKHIDMATAN.. di bawah penulis sertakan hasil dari menggunakan metal detector . sekian untuk hari ini.. :-)










Monday, 12 January 2015

RARE TIN PITIS FOR NUMISMASTIC

           Assalamualaikum,,



Syukur ke hadrat Illahi kerna di kesempatan ini penulis ingin berkongsi maksud UNLISTED@RARE yang seringkali di sebut2 oleh collector2 di mana ianya adalah penemuan yang terbaru bagi setiap matawang yang pernah ditemui di bumi MALAYA ini samada penulis sendiri ataupun collector2 lain hehehe.. maksud UNLISTED@RARE yang penulis fahami adalah sesuatu jenis ( barang@logam@matawang ) yang di keluarkan adalah jumlah yang amat sedikit ( terhad ).. jarang sekali dalam istilah penjualan coin/matawang yang menyebut ( LIMITED ).. Contoh yang penulis utarakan di sini seperti coin 20 sen 1971 pengeluaran nya sebanyak 9.9 million, manakala 10 sen 1971 pengeluaran nya hanya 32 ribu keping sahaja..


KRONOLOGY ATAU PENDAPAT


Berbeza dengan penemuan2 pitis Kesultanan di seluruh malaysia,di mana penemuan yang di kategorikan sebagai UNLISTED@RARE adalah penemuan terbaru yang tiada di dalam mana2 katalog matawang di Malaysia, Bagi pendapat penulis matawang Kesultanan yang di kategorikan UNLISTED@RARE adalah amat sedikit berbanding 10 sen 1971 ,, UNLISTED blh di kategorikan RRR bagi pendapat penulis.. kerna ape yang penulis ketahui, di muzium Terengganu mahupun muzium Dungun tidak ada pihak muzium yang mempamerkan matawang KESULTANAN timah hitam kepada UMUM. Keadaan ini membuat kan terasa seolah olah KHAZANAH MATAWANG KESULTANAN MELAYU semakin di lupakan dan di pinggirkan, jika bangsa2 lain berlumba lumba untuk menyimpan matawang KESULTANAN dan di jadikan ( SAHAM ) pada akan datang..adakah kita ini bangsa Melayu ingin melihat khazanah matawang kita PUPUS dek di telan Zaman????


Mengikut kajian penulis, pada tahun 2014 adalah tahun yang menyihatkan ( persaingan ) di mana ramai kolektor2 baru termasuk penulis sedar yang matawang KESULTANAN adalah pilihan untuk di jadikan simpanan pada masa akan datang. Ia nya blh di jadikan rujukan pada GENERASI baru yang melahirkan rasa CINTA SEJARAH untuk menyimpan matawang KESULTANAN secara kekal pada masa akan datang.. InsyaAllah.. penulis juga dapat melihat di mana matawang kesultanan mendapat sambutan jualan terus atau melalui bidaan pada tahun 2014..


Di sini penulis sertakan gambar pitis yang boleh di kategorikan sebagai UNLISTED@RARE, ALHAMDULILLAH dah minta kebenaran tuan empunya gambar.. sekian sahaja untuk hari ini, semoga berjumpa lagi.. HAPPY HUNTING





                      SS28 a TERENGGANU


                 Portueguese Tin Unlisted

Sunday, 11 January 2015

TEMUAN SYILING DYNASTY DI KG CERMAI DUNGUN

                Assalamualaikum,,


Salam sejahtera kepada pembaca2 blog, kali ini penulis ingin kongsikan tentang penemuan coin dynasty Tang dan Dynasty Song, dalam tahun 2012 bulan 11 penulis telah ke lokasi di mana coin dynasty di temui sebanyak 3 tempayan pada tahun 1993 ( menurut cerita org kampung di situ ) selebihnya telah di ambil satu tempayan oleh pengurusan Muzium Terengganu dan di pamerkan di muzium dungun sehingga kini,, dari ape yang penulis tahu, masih ada dua tempayan yang di simpan oleh orang kampung cermai.. tanpa berlengah mase, penulis menemui rakan penulis yang berada di kampung berkenaan dan bertanyakan lokasi penemuan yang terakhir,, setelah bertanyakan lokasi dan meminta izin orang rumah di situ, penulis terus memulakan aktiviti pencarian, walaupun ketika itu hujan agak renyai , penulis berjaya menemui 35 keping matawang Dynasty Tang & Dynasty Sung yang di mana kedalaman nya hanya 2 " ke 12 ".. penulis juga bertanyakan pendapat org kampung di situ, bagaimana matawang ini boleh sampai ke sini ?? Salah seorg bernama 'awang' berkata "Dulu nya ada kapal dagang cina masuk, lari dari ombok nesar dan angin kencang,dia masuk dari kuala dungun sampai la ke sini",, itu cerita orang2 dulu la, entah betol entah tidak,, penulis hanya mengangukkan kepala sahaja sambil tersenyum.. di bawah ini penulis sertakan gambar syiling yang di temui di kampung cermai HULU DUNGUN..


SEDIKIT TENTANG KRONOLOGY SEJARAH DYNASTY T'ANG


Hanzi Tang Chou 618-907 .. Tang adalah sebuah dynasty terbesar di China yang terkenal dengan kekuatan tenteranya. Dynasty Tang menggantikan Dynasty Sui yang berumur pendek yang telah didirikan oleh keluarga Li. Li Shimin bersama sama dengan ayahnya telah mendirikan wangsa ini pada tahun 618 dan menetapkan Chang'an sebagai ibu kotanya. Li Yuan sendiri tidak sepenuhnya berdarah cina, ianya juga berketurunan bangsa Turki. Setelah menjadi maharaja,seterusnya Li Yuan bergelar TANG GAOZU dan Li Shimin bergelar TANG TAIZONG. nama Tang sendiri berasal dari nama kuno daerah JIN yang sekarang menunjukkan kepada provinsi Shanxi..




       KAI YUAN TONG BAO ( 618 AD-907 )

 EMPEROR KAO TSU T'ANG ( GAOZU 618-626)




ZHENG HE TONG BAO   (1111 AD- 1118 AD )

Friday, 9 January 2015

MATAWANG KESULTANAN TERENGGANU DI TEMUI DI MUARA DUNGUN

                    Assalamua'laikum,



Salam sejahtera bg pembaca blog wanasry.blogspot,, pertama kali nya penulis ingin berkongsi matawang yang di temui oleh rakan penulis yang menetap di Tanjung Jara,Dungun, matawang ini di temui sekitar tahun 2013 bulan 8,, di mana muka hadapan nya tertulis 'Duriba fi Trekanu 1310'.. ape yang penulis ketahui ia nya juga di panggil 'pitis' suatu ketika dahulu.. bahagian belakang nya pula tertera " Sepuloh Keping 10", ia nya di perbuat daripada logam timah hitam, diameter bagi pitis ini 28 mm, anggaran berat 86.4 grains, 5.60 grammes... dari beberape kenalan yang mencari artifak di sekitar Kuala Terengganu, penulis di beritahu ia nya adalah matawang dari pemerintahan SULTAN ZAINAL ABIDIN III,, yang mana matawang ini dahulunya di guna pakai bagi perbelanjaan harian di sekitar kuala terengganu suatu ketika dahulu..

Sediki info mengenai Sultan Zainal Abidin III


Almarhum Sultan Zainal Abidin III Muazzam Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Muazzam Shah ( 12 april 1866-26 november 1918 ) adalah sultan Terengganu yang ke-11. Baginda memerintah dari tahun 1881 sehingga tahun 1918. Baginda di tabal kan selepas kemangkatan ayahandanya,SULTAN AHMAD MUAZZAM SHAH II. Baginda kembali ke Rahmatullah pada tahun 1918 dalam usia 52 tahun selepas pemerintahan selama hampir 37 tahun , Baginda di gantikan oleh anakandanya SULTAN MUHAMMAD MUAZZAM SHAH II.





PENEMUAN BELIUNG DI SUNGAI DUNGUN-JERANGAU

        Assalamualaikum,,

Hari ini penulis ingin berkongsi tentang alat pertukangan pada zaman dahulu, di mana penulis telah ketemui dua logam keras, yang dulu nya di panggil 'Beliung' sehingga kini,, alatan beliung seperti di dalam gambar juga di gunakan untuk membuat sampan pada ketika dahulu, beliung seperti ini juga pernah di temui diseluruh Asia terutama di kalangan penduduk Pribumi. Dalam banyak artikel ada menyebut mengenai beliung di Sumatera, di Jawa, di Borneo dan di Semenanjung Tanah Melayu.. penulis juga menemukan dua botol kecil, keberangkalian ianya adalah minyak wangi@ medicine pada zaman dahulu, dan satu gelas yang tertera cop J.SERRAVALLO-TRIESTE.. sekian sahaja, moga2 di ruangan lain penulis akan berkongsi penemuan2 yang terbaru..








Thursday, 8 January 2015

PERKUBURAN ISLAM HULU PAKA

      Assalamualaikum, terime kaseh bagi yang mengikuti blog wan asry, di sini penulis ingin berkongsi tentang penemuan perkuburan Islam yang terbiar di daerah Hulu paka, location ke laluan ( depan pejabat RISDA,ke kanan,jalan merah,dari jalan raya menuju ke perkuburan di anggarkan 1.8 kilometer ,selekoh tajam sebelah kanan ).. semasa aktiviti2 mencari khazanah yang tersembunyi, penulis dan rakan telah menemui lebih kurang 50 perkuburan di hutan yang tidak di bersih kan oleh pihak yang bertanggjawab atau badan2 tertentu.. semua perkuburan yang di temui di tanda kan dgn batu batuan sungai, amat menyedih kan apabila batu batuan sungai beralih dari tempat asal,, mungkin daripada binatang buas atau sebagai nya.. jika ia nya perkuburan lewat tahun 50 an, mengapa ia nya di biarkan begitu?? Tidak adakah pihak yang bertanggjawab sanggup membersih kan ?? Pagar kan supaya ia nya tidak di ganggu oleh binatang2 buas.. penulis hanya sempat membersihkan sedikit sahaja, dan hanya menyedekah kan Al-Fatihah.. terdetik di hati penulis, siapakah gerangan sanak saudara yang di kebumikan di sini suatu ketika dahulu?? Tiada kah cucu cicit nya ingin menziarahi nya??? Adakah perkuburan di sini termasuk kubur PANGLIMA MEGAT PANJI ALAM???

Sekian sahaja untuk hari ini, semoga bertemu kembali, gambar di bawah di ambil sekitar tahun 2013/8..




PENEMUAN MATAWANG DI SUNGAI DUNGUN-JERANGAU

                   Assalamualaikum..

seperti yang kita ketahui sungai dungun juga menghubungkan laluan antara sungai pahang, iaitu sungai tembeling,,ianya juga adalah laluan bagi pahlawan melayu MAT KILAU dan pengikut nya di suatu ketika dahulu.. tanpa berlengah mase penulis ingin menceritakan sedikit pengalaman penulis ketika mencari khazanah2 yang tersembunyi.. antara bulan 7 tahun 2013 penulis telah menerima panggilan dari seorg kawan dari daerah DUNGUN mengatakan ada penemuan syiling lama di kawasan sungai dungun,, penulis tanpa membuang masa bersiap2 untuk ke destinasi yang di tuju..perjalanan dari rumah agak jauh,, sekitar 28 kilometer.. sesudah sampai, sebelum penulis memulakan pencarian penulis bertanya pada rakan ' Ape ada kat cni??' rakan menjawab ' entah la,kata org di sini, kat cni pangkalan kubu komunis,nk tahu jom la try"..  setelah dua jam mencari,, penulis berjaya menemui dua keping matawang dari dynasty Ch'ing ( Kh'iang H'si 1661-1772 ) dan beberapa keping matawang STRAITS SETTLEMENTS ten cents 1909, Queen Victoria yang bertarikh 1845 dan 1862.. penulis juga menemukan beberapa serpihan seramik lama dan batu permata yang di gunakan oleh orang2 terdahulu,,  sekian untuk hari ini, insyaAllah di ruangan lain penulis akan berkongsi tentang kubur PANJANG di daerah dungun yang masih menjadi misteri sehingga kini..










PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH ABAD KE 18

             Assalamualaikum


salam sejahtera kepada semua pembaca yang berminat mengenai sejarah negeri Dungun,, sebelum ini penulis ada menyebut di tajuk utama semasa menulis blog iaitu SEJARAH DUNGUN YG MASIH KABUR.. mungkin pembaca tertanya tanya mengapa penulis berkata demikian.. disini penulis ingin menyatakan masih banyak lagi tempat2 bersejarah di daerah lain mahupun di daerah sendiri, ini kerana ape yang kita pelajari di sekolah adalah hanya penemuan2 yang di temui sahaja,, masih ada rahsia2 di luar sana yang belum di terokai sepenuh nya atau mungkin ada 'pihak' yang bertanggungjawab cuba 'merahsiakan sesuatu kepada umum..   ok lah tanpa bercerita panjang ,, penulis ingin berkongsi tentang penemuan kubur china,lombong2 lama,dan sekeping syiling yang di temui di HULU PAKA pada tahun 2013.. penulis pernah bertanya pada penduduk di kg durian mas lama, kata salah seorg penduduk 'Di sini dulunya adalah lombong bijih timah oleh british,kemungkinan pekerja2 mereka adalah orang2 cina pada zaman dahulu, mmg masih ada rumah2 lama yang terbiar di hutan,dan masih ada lubang2 lama yang terbiar di kaki bukit'.. pendapat penulis adalah logik di sini sememang nya penempatan lama sekitar 1888,, lokasi penempatan ini agak strategik,,kemudahan air sungai yang tidak jauh dari perkuburan adalah sumber bagi orang2 terdahulu samada menangkap ikan,atau menggunakan laluan sungai untuk ke MUARA.. di sini juga penulis sertakan gambar yang di ambil pada tahun 2013.. penulis percaya masih ada lagi artifak2 yang belum di temui oleh penulis atau badan2 tertentu



Wednesday, 7 January 2015

LESUNG BATU DAERAH DUNGUN

Assalamualaikum..


dan salam sejahtera,, kama sutra disini ingin menceritakan dan berkongsi tentang penemuan lesung batu di daerah hulu paka pada sekitar tahun 2004 oleh kawan penulis.. ingin saya tegas kan disini,penemuan lesung batu ini perkara terbaru,, ianya juga pernah di jumpai di Felda Bukit Bading sekitar 20 tahun yang lalu.. penemuan lesung batu abad ke 17 ini membuka lembaran baru buat daerah hulu dungun yang di mana ianya menjadi bukti bahwa pedagang2 di seluruh Nusantara pernah bertumpu di kawasan ini..

 
Hanya satu yang menjadi kemusykilan penulis,, siapakah antara mereka yang pernah berada di sini?? Adakah kerajaan melayu Champa?? Atau orang2 sumatera?? Kerna ape yang penulis tahu, lesung2 batu brrsaiz besar dan mencapai seberat 300 kilogram ini pernah di temui di tanah Jawa Indonesia.. tidak dapat di pastikan dengan jawapan yang sahih kerna sehingga ke saat ini penulis tidak menemui ape2 bukti tentang lesung ini samada ianya dari tanah Jawa atau sebaliknya.. sekian sahaja untuk hari ini,, semoga berjumpa lagi..
 
 
 
Gambar lesung Batu yang di ambil oleh penulis
 

SEJARAH DUNGUN YANG MASIH KABUR

Assalamualai'kum


Terima kaseh kepadaNya,,kerana di kesempatan ini dan pada mase yang akan datang saya akan menguraikan sedikit sebanyak tentang sejarah penempatan yang terawal di daerah Dungun, di mana yang selama ini anak2 muda atau pengkaji2 sejarah di daerah Dungun tidak dapat menyangkal yang sebenarnya masih ada lagi bukti2 penemuan terawal seperti duit syiling lama,tapak2 bangunan lama, dan lombong2 lama yang belum di ketahui umum sepenuh nya.. apa yang selalu di sebut2 kan hanya lah sejarah perlombongan bijih besi di bukit besi yang selalu di baca oleh orang2 awam sebelum ini.. walhal masih ada lagi orang ramai yang belum mengetahui tentang kewujudan penempatan terawal sekitar kurun ke 17 sehingga sekarang.. insyaAllah penulis akan kemukan bukti di blog penulis tak lama lagi berserta dengan gambar2.. sekian..