Assalamualaikum,,
Salam sejahtera kepada pembaca2 blog, kali ini penulis ingin kongsikan tentang penemuan coin dynasty Tang dan Dynasty Song, dalam tahun 2012 bulan 11 penulis telah ke lokasi di mana coin dynasty di temui sebanyak 3 tempayan pada tahun 1993 ( menurut cerita org kampung di situ ) selebihnya telah di ambil satu tempayan oleh pengurusan Muzium Terengganu dan di pamerkan di muzium dungun sehingga kini,, dari ape yang penulis tahu, masih ada dua tempayan yang di simpan oleh orang kampung cermai.. tanpa berlengah mase, penulis menemui rakan penulis yang berada di kampung berkenaan dan bertanyakan lokasi penemuan yang terakhir,, setelah bertanyakan lokasi dan meminta izin orang rumah di situ, penulis terus memulakan aktiviti pencarian, walaupun ketika itu hujan agak renyai , penulis berjaya menemui 35 keping matawang Dynasty Tang & Dynasty Sung yang di mana kedalaman nya hanya 2 " ke 12 ".. penulis juga bertanyakan pendapat org kampung di situ, bagaimana matawang ini boleh sampai ke sini ?? Salah seorg bernama 'awang' berkata "Dulu nya ada kapal dagang cina masuk, lari dari ombok nesar dan angin kencang,dia masuk dari kuala dungun sampai la ke sini",, itu cerita orang2 dulu la, entah betol entah tidak,, penulis hanya mengangukkan kepala sahaja sambil tersenyum.. di bawah ini penulis sertakan gambar syiling yang di temui di kampung cermai HULU DUNGUN..
SEDIKIT TENTANG KRONOLOGY SEJARAH DYNASTY T'ANG
Hanzi Tang Chou 618-907 .. Tang adalah sebuah dynasty terbesar di China yang terkenal dengan kekuatan tenteranya. Dynasty Tang menggantikan Dynasty Sui yang berumur pendek yang telah didirikan oleh keluarga Li. Li Shimin bersama sama dengan ayahnya telah mendirikan wangsa ini pada tahun 618 dan menetapkan Chang'an sebagai ibu kotanya. Li Yuan sendiri tidak sepenuhnya berdarah cina, ianya juga berketurunan bangsa Turki. Setelah menjadi maharaja,seterusnya Li Yuan bergelar TANG GAOZU dan Li Shimin bergelar TANG TAIZONG. nama Tang sendiri berasal dari nama kuno daerah JIN yang sekarang menunjukkan kepada provinsi Shanxi..
KAI YUAN TONG BAO ( 618 AD-907 )
EMPEROR KAO TSU T'ANG ( GAOZU 618-626)
ZHENG HE TONG BAO (1111 AD- 1118 AD )
No comments:
Post a Comment