Thursday, 8 January 2015

PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH ABAD KE 18

             Assalamualaikum


salam sejahtera kepada semua pembaca yang berminat mengenai sejarah negeri Dungun,, sebelum ini penulis ada menyebut di tajuk utama semasa menulis blog iaitu SEJARAH DUNGUN YG MASIH KABUR.. mungkin pembaca tertanya tanya mengapa penulis berkata demikian.. disini penulis ingin menyatakan masih banyak lagi tempat2 bersejarah di daerah lain mahupun di daerah sendiri, ini kerana ape yang kita pelajari di sekolah adalah hanya penemuan2 yang di temui sahaja,, masih ada rahsia2 di luar sana yang belum di terokai sepenuh nya atau mungkin ada 'pihak' yang bertanggungjawab cuba 'merahsiakan sesuatu kepada umum..   ok lah tanpa bercerita panjang ,, penulis ingin berkongsi tentang penemuan kubur china,lombong2 lama,dan sekeping syiling yang di temui di HULU PAKA pada tahun 2013.. penulis pernah bertanya pada penduduk di kg durian mas lama, kata salah seorg penduduk 'Di sini dulunya adalah lombong bijih timah oleh british,kemungkinan pekerja2 mereka adalah orang2 cina pada zaman dahulu, mmg masih ada rumah2 lama yang terbiar di hutan,dan masih ada lubang2 lama yang terbiar di kaki bukit'.. pendapat penulis adalah logik di sini sememang nya penempatan lama sekitar 1888,, lokasi penempatan ini agak strategik,,kemudahan air sungai yang tidak jauh dari perkuburan adalah sumber bagi orang2 terdahulu samada menangkap ikan,atau menggunakan laluan sungai untuk ke MUARA.. di sini juga penulis sertakan gambar yang di ambil pada tahun 2013.. penulis percaya masih ada lagi artifak2 yang belum di temui oleh penulis atau badan2 tertentu



No comments:

Post a Comment