Friday, 9 January 2015

MATAWANG KESULTANAN TERENGGANU DI TEMUI DI MUARA DUNGUN

                    Assalamua'laikum,



Salam sejahtera bg pembaca blog wanasry.blogspot,, pertama kali nya penulis ingin berkongsi matawang yang di temui oleh rakan penulis yang menetap di Tanjung Jara,Dungun, matawang ini di temui sekitar tahun 2013 bulan 8,, di mana muka hadapan nya tertulis 'Duriba fi Trekanu 1310'.. ape yang penulis ketahui ia nya juga di panggil 'pitis' suatu ketika dahulu.. bahagian belakang nya pula tertera " Sepuloh Keping 10", ia nya di perbuat daripada logam timah hitam, diameter bagi pitis ini 28 mm, anggaran berat 86.4 grains, 5.60 grammes... dari beberape kenalan yang mencari artifak di sekitar Kuala Terengganu, penulis di beritahu ia nya adalah matawang dari pemerintahan SULTAN ZAINAL ABIDIN III,, yang mana matawang ini dahulunya di guna pakai bagi perbelanjaan harian di sekitar kuala terengganu suatu ketika dahulu..

Sediki info mengenai Sultan Zainal Abidin III


Almarhum Sultan Zainal Abidin III Muazzam Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Muazzam Shah ( 12 april 1866-26 november 1918 ) adalah sultan Terengganu yang ke-11. Baginda memerintah dari tahun 1881 sehingga tahun 1918. Baginda di tabal kan selepas kemangkatan ayahandanya,SULTAN AHMAD MUAZZAM SHAH II. Baginda kembali ke Rahmatullah pada tahun 1918 dalam usia 52 tahun selepas pemerintahan selama hampir 37 tahun , Baginda di gantikan oleh anakandanya SULTAN MUHAMMAD MUAZZAM SHAH II.





No comments:

Post a Comment